KURANG 24 jam sebelum sepak mula ….
Bila bercakap tentang final, segala ayat hebat akan keluar dari kotak fikiran.
‘Prestij, gempak, power, all-out, meriah’
Berbeza benar dengan final Piala Malaysia kali ini, segala-galanya menjadi persoalan apabila keadaan padang menjadi topik perbualan.
Perkara utama yang berlegar di fikiran, mampukah kedu-dua pasukan pamer aksi terbaik mereka demi merebut sebuah piala?
Menjadikah perancangan dan taktikal kedua-dua pasukan dengan bantuan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang tidak segah nama?
Sanggupkah pemain pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu berdepan dengan risiko kecederaan menerusi kondisi padang tidak sekata selain dari rumput yang diandaikan seperti ‘sehelai jeans lusuh’ oleh akhbar tempatan Malaysia?
‘The pitch is so bad.’
Itulah kesimpulan mudah difahami yang membabitkan reaksi dua pengendali yang bakal menabur rencah, perisa, mahupun resipi rahsia menjelang aksi final pada Jumaat namun hakikat yang perlu di fahami, harganya begitu mahal untuk dirunding.
Pertaruhan mereka adalah pemain!
Terserempak dengan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac di SStadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Riak wajahnya pelbagai.
Sebal mungkin, kesal mungkin.
Cuba menyapa sekadar berbasi basi.
‘All good Datuk?’
‘Look at my face ...‘
Senyuman kami bertaut, dia berlalu pergi.
Kelat terasa sehingga ke ulu hati. - Stadium Astro
Astro Arena
Fri Dec 08 2023
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Final Piala Malaysia: Tunggu keputusan MFL
MFL akan membuat keputusan sama ada akan menukar vanue lain atau terus kekal menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi final Piala Malaysia Jumaat ini.
Padang SNBJ sedia digunakan untuk final Piala Malaysia
Menurut Hannah Yeoh, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti.
JDT mengaum... julang Piala Malaysia!
Aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil digamatkan lagi dengan sorakan puluhan ribu penyokong tegar daripada kedua-dua pasukan.
Limpahan rezeki peniaga sempena final Piala Malaysia
Bagi peniaga, peluang Kedah melayakkan ke pentas final dua kali pada tahun ini memberi limpahan rezeki berganda buat mereka.
Kedah tagih formula Aidil Sharin untuk final Piala Malaysia
Jurulatih dari Singapura itu dipercayai mempunyai idea dan formula terbaik untuk Kedah mengatasi JDT dalam perlawanan itu.
Kedah dan Johor terima 31,610 tiket final Piala Malaysia
Pengagihan jumlah tiket berkenaan termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan.